There was an error in this gadget

KARANGAN

TAJUK : KELUARGA YANG MISKIN

Dalam sebuah kampung tinggal sebuah keluarga yang miskin.Rumahnya terletak di hujung kampung.Anaknya bernama Faizal.Faizal tinggal bersama keluarganya dan tiga adiknya yang masih kecil.Ayahnya seorang nelayan.

Walaupun hidup mereka miskin namun Faizal seorang yang sangat rajin belajar.Dia tidak suka membuang masanya dengan perkara yang tidak berfaedah.Masanya banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran.

Pada hari minggu,Faizal akan menolong ibu atau bapanya untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.Dia mahu meringankan bebanan ibu dan bapanya.Dia kasihan melihat ibu bapanya yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik-beradik.

Keperitan hidupnyamenjadi pemangkin untuk Faizal belajar dengan lebih tekun lagi.Dia ingin membela nasib keluarganya Berkat usaha dan doa ibu bapanya,Faizal telah berjaya ke Universiti.Di situlah,dia tetap belajar bersungguh-sungguh.

Akhirnya Faizal berjaya mengejar impiannya apabila lulus dengan cemerlang.Dia kini berjaya menjadi seorang Kementerian Pelajaran yang berpangkat tinggi.



Ditulis oleh: Nurul Ida Farain (SARAWAK)