There was an error in this gadget

PENJODOH BILANGAN


Perkataan
Erti/Kegunaan
Contoh
angkatan
kumpulan seragam
seangkatan tentera
baris
kumpulan benda dalam bentuk garis lurus
sebaris ayat
batang
benda panjang atau tinggi
sebatang sungai, sebatang pokok
bentuk
benda yang melengkung
sebentuk cincin
berkas
ikatan atau susunan
seberkas kayu api
bidang
benda yang luas
sebidang tanah
biji
1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah
benda yang tajam
sebilah pedang
buah
1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
buku
benda yang berbongkah
sebuku sabun
bungkus
benda dalam bungkusan
sebungkus nasi
butir
benda yang kecil
sebutir peluru
carik
kepingan yang dicarik
secarik kain
cebis
potongan, serpihan
secebis kaca
cekak
benda bersaiz secekak jari
secekak sirih
cubit
sedikit
secubit garam
cucuk
benda yang ditusuk dengan lidi
secucuk sate
das
tembakan
21 das tembakan meriam
deret
benda-benda dalam sebarisan
sederet kedai
ekor
haiwan
seekor ayam
gugus
benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan
segugus anggur
gelung
benda yang berlingkar
segelung tali
gemal
sama dengan "cekak"
segemal padi
genggam
benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan
segenggam beras
gulung
benda yang digulung
segulung kain
gumpal
1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helai
benda yang nipis dan lebar
sehelai baju
hidangan
kumpulan makanan dan minuman yang disajikan
sehidangan kuih-muih
hiris
potongan nipis
sehiris daging
ikat
benda-benda yang diikat rapat
seikat kayu api
jambak
karangan (bunga dll.)
sejambak bunga
jambangan
benda dalam pasu atau belanga
sejambangan bunga
jemput
benda-benda yang diambil dengan hujung jari
sejemput pasir
kaki
sekaki payung
sekaki cendawan
kandang
haiwan dalam kandang
sekandang kambing
kapur
sirih
sekapur sirih
kawan
kumpulan haiwan
sekawan lembu
kelompok
kumpulan, gugusan
sekelompok pulau
kepal
gumpalan
beberapa kepal nasi
keping
kepingan, potongan
sekeping kertas
kepul
gumpalan asap atau awan yang tebal
sekepul asap
kerat
baahgian, potongan
sekerat tulang
ketul
gumpalan, ketulan
seketul daging
kotak
benda dalam kotak
sekotak bijirin sarapan
kuntum
bunga
sekuntum bunga merah
laras
senjata
selaras senapang
lembar
benda yang panjang dan luas bidangnya
sebidang kain
lingkar
sama dengan "gelung"
selingkar tali
longgok
himpunan, timbunan
selonggok sampah
naskhah
salinan bahan bacaan bersiri
senaskhah majalah
orang
manusia
dua orang anak
papan
kepingan
sepapan petai
pasang
benda yang berduaan
sepasang kasut
pasukan
kumpulan seragam
sepasukan pemain bola sepak
patah
perkataan
sepatah kata
pintu
bangunan
sepuluh pintu kedai
potong
kepingan yang dipotong
sepotong kek
pucuk
1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk senapang
puntung
keratan kayu yang pendek-pendek
sepuntung kayu api
rangkap
baris-baris karangan
serangkap pantun
rawan
menyatakan selengkap benda itu
serawan jala
ruas
bahagian di antara dua benda
beberapa ruas tebu
rumpun
kelompok, ikatan
serumpun bunga
sikat
tangkai pisang
sesikat pisang
sisir
sama dengan "sikat"
sesisir pisang
suap
sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut
sesuap nasi
tandan
buah-buahan yang bergugus
setangkai pisang
tangkai
bunga
setangkai bunga
teguk
sebanyak yang ditelan sekali
seteguk air
timbun
himpunan sesuatu yang bertindih-tindih
setimbun sampah
titik
titisan
setitik air mata
tongkol
1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas
bahagian buah yang berbiji dll.
seulas buah epal
untai
rangkaian benda yg dicucuk
seuntai manik
urat
gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang
dua urat gelang
utas
benda yg berurai
seutas jam tangan